Video-Calon Projek Pemulihan Motosikal Pertama Motorkraf Honda C70 1972
Kemarin kami telah berbincang dengan Pomen motor yang akan melakukan
kerja-kerja Projek Pemulihan Motosikal Pertama Motorkraf Honda C70 1972. Secara
kasarnya dia menganggarkan bahawa kerja-kerja tersebut akan memakan masa
sekitar 15 hingga 20 hari.
Kerja-kerja yang perlu dilakukan adalah baik pulih enjin, pembaikan dan fabrikasi body, cat body, kerja-kerja pendawaian dan kerja-kerja akhir adalah pemasangan semula bahagian baru. Mungkin 80% - 90% dari bahagian motosikal itu adalah baru.
Pomen motor baru memberitahu kami yang dia boleh melakukan semua
kerja kecuali kerja-kerja pendawaian. Ini akan menjadi masalah bagi kami kerana
kami menyangka bahawa kami dapat menyerahkan semua pekerjaan kepadanya. Jadi, kami
mesti mencari orang lain pula yang boleh melakukan kerja-kerja pendawaian.
Anggaran untuk projek pemulihan khas Honda C70 ini adalah RM
1300 hingga RM 2000. Mula-mula kami cuba bertanya kepada kedai pembaikan
motosikal berhampiran saya mengenai kos biasa untuk kerja-kerja pemulihan
mereka sendiri untuk motosikal jenis itu. Malang, pemilik kedai itu belum
kembali. So kami buat anggaran sendiri
dengan bantuan Pomen motor saja laa.
Kerja-kerja pemulihan akan dimulakan pada 28 Ogos 2020.
Mudah-mudahan kerja-kerja tersebut dapat dimulakan tepat pada masanya dan dapat
disiapkan dalam masa 15 hingga 20 hari seperti yang dikatakan oleh Pomen motor.
Sekiranya tidak kita harus menunggu sedikit lebih lama untuk hasil projek
pemulihan pertama.
Selepas pemulihan kami akan berusaha menjualnya. Mungkin kami dapat menemui mereka yang mengumpulkan motosikal lama dan menawarkan kepada mereka. Kami juga telah merancang untuk menjualnya di Facebook marketplace dan Mudah.My atau jika mereka ada yang berminat dengan custom Honda C70 1972 kami, mereka boleh menghubungi kami di Facebook page Motorkraf atau boleh mengikuti Instagram Motorkraf.
Video-Calon Projek Pemulihan Motosikal Pertama Motorkraf Honda C70 1972
Tuan Cycoon
0 Ulasan