Motorkraf adalah pusat sehenti untuk motosikal. Ideanya
adalah untuk memberikan penjualan dan perkhidmatan untuk pemilik motosikal di
satu tempat. Ini adalah untuk kemudahan pemilik motosikal ketika mereka ingin
mencuci, servis atau membaiki motosikal kesayangan mereka. Kini, mereka dapat
semua perkhidmatan yang mereka mahukan untuk motosikal mereka di satu tempat.
Mereka tidak perlu melalui semua kesibukan lalu lintas dan dapat menjimatkan
banyak masa berharga mereka kerana Motorkraf menyediakan semuanya.
Pada mulanya, ini hanya minat dan hobi ubahsuai motosikal dan restorasi. Pengasas Motorkraf memulakan projek restorasi pertama mereka dengan Honda C70 1972. Ini sepenuhnya kerana minat dan hobi terhadap motosikal. Semasa kerja-kerja restorasi ini, mereka menyedari bahawa terdapat banyak masalah dalam memulihkan dan menyelenggara motosikal.
Masalah utama ialah pemilik motosikal tidak dapat mendapatkan perkhidmatan penuh di satu tempat atau bengkel. Tidak ada bengkel yang menawarkan perkhidmatan seperti itu di kawasan mereka. Inilah masanya para pengasas mendapat idea untuk memulakan Motorkraf, tempat yang menyediakan semua keperluan pemilik motosikal dalam satu tempat.
Jadi, apakah perkhidmatan dan penjualan yang ditawarkan oleh Motorkraf? Mari kita mulakan dengan perkhidmatan teras dari Motorkraf yang merupakan perkhidmatan restorasi motosikal. Ini adalah intipati perniagaan ini. Apakah restorasi motosikal? Restorasi motosikal merangkumi perkhidmatan dan pembaikan penyelenggaraan motosikal, pembaikan enjin, cat dan body work, tayar dan rim, alat ganti dan aksesori, mencuci dan menggilap dan juga jualan motorsikal dan servis selepas jualan. Ini merangkumi hampir semua perkhidmatan yang diperlukan oleh pemilik motosikal.
Rasanya sudah cukup maklumat untuk memperkenalkan Motorkrafkepada anda semua. Tetapi harap jangan tersalah maklumat. Motorkraf adalah
syarikat permulaan kecil dengan visi dan misi besar pada masa akan datang. Kini
didaftarkan di SSM dengan nama perniagaan Rafas Motorkraf Solution pada 27 November
2020. Perniagaan ini terletak di No.2 Batu 11 1/2 Kilang Baru Bukit Besar Kota
Sarang Semut, 06800 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Walaupun, Motorkraf bermula sebagai sebuah perniagaan kecil
jangan lupa ia mempunyai visi dan misi besar dengan idea yang mantap untuk
memberi kemudahan kepada pemilik motosikal di bawah satu tempat. Bayangkan seberapa
banyak masa berharga yang dapat dijimatkan oleh pemilik motosikal dan
lebih-lebih lagi ia bebas dari kesibukan
jalan raya dan trafik. Biasanya, benda yang kecil lebih berharga dan penting.
Kami harap Motorkraf akan dapat menguasai industri
perkhidmatan motosikal khususnya di negeri Kedah dan umumnya di Malaysia pada
masa akan datang, insyaallah. Salah seorang tokoh perniagaan yang sangat berjaya
di zaman Rasullullah iaitu Abdul Rahman Bin Auf pernah berpesan bahawa salah
satu prinsip dalam dia melakukan perniagaan ialah beliau "Sentiasa bermula
dengan kecil kemudian dibesarkan" ..
Jangan lupa untuk like, follow dan share halaman perniagaan
Facebook Motorkraf dan subscribe blog rasmi Motorkraf untuk mendapatkan update
dan artikel terkini mengenai produk dan perkhidmatan motosikal dari Motorkraf. Anda
juga boleh menyertai Facebook Group kami Motor Karat untuk berkongsi minat dan
pengalaman anda dengan komuniti peminat motorsikal Motorkraf.
• Servis dan pembaikan motosikal.
• Cuci dan polish motosikal.
• Servis dan tayar motosikal murah.
• Cat dan body work motosikal.
• Perkhidmatan pendawaian motosikal.
• Alat ganti dan aksesori motosikal.
• Perkhidmatan restorasi motosikal.
• Penjualan motosikal terpakai.
• Alat ganti motosikal terpakai recond.
• Tayar motosikal murah second.
Kualiti dan kemudahan yang dijamin!
0 Ulasan